BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
SelAmAT DAtaNg Ke BloG saYA . .SeMua NYA CeriTA YAng Cik Qie Qie NAk SharE deNGAn KAmu SEmUA. .HoPe EnjOY iT.

Friday, November 25, 2011

aku keje !

salam sume..;))

*ceyy..mcm la blog aku nie ..ramai org view..hahaa

tp pedulik hape aku..ahahaha..

okey..hari nie hari kedua aku kerja...:))

mmg laa penat.....sakit pinggang woo....ye arr..keje aku berdiri je .dari kul 10 pg sampai 10 mlm..
opsss..sebelum terlupa..aku keje kat pasaraya je....kat deparment baju2 lelaki...

aku geram tul laaa....hari first lg.bosss tempat aku keje menggatal ngn aku..! haishh..nasib baik aku tak bukak silat gayung aku..kalau tak nahass laaa dye..huhu..

ade ke patut dye nak pgng tgn aku...! kan da kena sound direct ngn aku..hee ~

tapi hari niee aku tgok dye okeyy jerr..;)

p hari nie sgt penat..aku kena susun baju2 yg baru sampai ikut kod bar dye..pastu gantung kat besi yg tinggi2 tu...alahai..kalau aku nie tinggi takpe laa...:)..

tu yg sakit pinggang niee...:(

tapi mber aku yg keje ngn aku ckp..takpe qin sabor jer...gaji nanti kte blahh la..hahaaa

*memang tu yang akan aku lakukan ! ahahaaa..penat weiii..:)

k la..tu jer nak share.heee ~

semoga esok...keje aku sng jer..;p

*kawan2 kerja ramai cina...sporting..hee ~

-ah mey ,ah yong,ong and lim...best la,,<3

k nyte..penat + ngntukk..huhu..

salam semua ..

Friday, October 28, 2011

Please lah !!!!!

Nie cik Qie Qie paling tak berkenan sgt .. 

kalau nak usha pon..agak2 la..ishh..da la..baru seminit cik Qie aprove dye.
 terus mintak number phne...tak berkenan langsung !!

da cik qie2 aprove tu da kira ok da....nie tak..menggatal nyer...mcm nak kena baling belakang bangunan  jer..ahahaha

da la menggatal...ade ke ptut dye kata cik qie qie janda !!!

ehh..cik qie2 lom kawin la ! ..status kat fcbook cik qie2 tu saje je...cik Qie letak widowed !

cik qie qie lom jumpa yg sesuai lg.,..hee~

belom masanyer lagi....kawan2 lg bestt..<3 <3 <3


sebagai balasan kepada org tu..cik Qie Qie da block dye~hahaahahaa(padan muke !!!)


amik kaw..gatal sgt kat....nak bersyg syg la ngan cik qie qie...da la tak kenal..!...sorry to sayy ! i tak suke..huhuu

p/s : kalau nak usha pon..step by step la..

      tak de lah cik Qie menyampah sgt..huhuh..

so jgn nak bg cik Qie2 menyampah..mmg cik Qie Qie malas nak layan..huhuh

cik Qie bukan sombong or belagak. .

hanya yg kenal cik Qie je tau cik qie mcm mana. .

so..dont judge the book by it cover k..:))

kawan ngn cik Qie2 dulu baru taw cik Qie mcm mana..:))


Tuesday, October 25, 2011

Adek Cik Qie Qie .

hee ~

post nie. .nak cter pasal adik cik Qie Qie yg lastt sekali..:))

namA dye NurUL fAQihah NAjwa..

umur BAru 5 tAhun, ,Dye SEkolah tadika Dekat Sekolah jenis kebangsaan chee ming 2 (senang kata sekolah cina )

Cik Qie Paggil Dye Adek .. 

adek ni..sejak kecik. .ape ape hal..ciK QiE ,,ngAn Adek Cik Qie YAng lAgi 2 orang tu yang uruskan .. 

ye la..sampai sekarang. . .kami mandikan...kami suapkan adek  makan.. ;))

ye laa...anak lastt kan..lagipun..jauh beza yg last tu ngan yg atas dye..beza 9 tahun...hee~

so...mnje la sikit kn..huhuhu ~~

nie ade satu hari. . .Cik Qie suruh dye basuh kasut sendiri..huhuu..bukn nk dera..tp nk..ajor dye berdikari..hee~

cik qie qie..ade snap pic..dye.tyme...dye basuh kasut..huhuhu...

comel sgt taw......hee~.

MAcam Cik Qie.hahaaha(perasan pulok ..)



miSS nuRul FaQihah NAjWA




p/s..: topi tu Cik Qie YAng pAkai KAn.hahaha..
       
       smart n comel..:))

Monday, October 24, 2011

wanita ancaman pondan ?? HOT TOPIK NIEE !!

Cik Qie nak Share sikit nie. ............

WANITA HARI NIE ~WANITA ANCAMAN PONDAN. 

tengah2 online. .nie, .cik qie tertengok pulak cter nie. .ye la..mummy cik qie yg buka kan.. 

huhuh(cover2..hee~)


Kenapa dikatakan pondan tu memberi ancaman kepada perempuan?

Korang pernah terfikir tak??

Pondan ni,seksi dan cantik macam mana pun...dorang tu lelaki.So,tak ada segan atau malu untuk menayang badan dorang depan lelaki.



Lain la perempuan. . aurat nya perlu dilindungi .kerana akan menimbulkan fitnah serta perkara-perkara yang tak diingini. .








SO TAK DE sebab atau ancaman kepada insan yang bergelar wanita.SESUNGGUHNYA wanita solehah adalah perhiasan yg indah di dunia, ,bukan lelaki @pondan. .


So,yang haram tetap haram!!



*jangan la menukar ape yg telah tercipta untuk kita. .bersyukur la. .sesungguhnya setiap ciptaan Allah ada keistimewaan dan keindahan nya, ,


 * jgn berbangga jika kamu mengubah ciptaan Allah tu. .Berdosa besar hukum nya, .


RENUNG-RENUNGKAN LAHH DAN SELAMAT BERAMAL .















SEsaje Cik Qie

sebenar nyer tak tahu nak post ape.ahhaa..

nak share sikit pasal cter heart string . .korean movie la..hee ~

tetibe minat pulak cter2 cm ni. .comel lak tu hero dye..lalalal~(ops..bukan pandang dari rupa saje ..hee ~)

Serius. .sape tengok cter ni..mesti suke jalan cter dye. .bestt  ! !

so..Cik qie suggest kan kat korang tengok la cter niee..:))

so sweet beb!

Saturday, October 22, 2011

tajuk asgment Cik QIE QIe.. .Cik qie qie buat pasal homestay...kat kampung nenek cik Qie qie Kat GEmas ! !


Gemas, Negeri Sembilan adalah sebuah pekan kecil kira-kira 50km selatan Kuala Lumpur. Sejak kewujudan stesen keretapi Gemas 1922, ia sangat terkenal sebagai 'simpang keretapi'.Stesen ini adalah mercu tanda utama kepada ramai yang ingin melawat ke tempat itu.
Gemas, yang terdiri daripada empat buah kampung - Kampung Ladang, Kampung Ulu Ladang, Kampung Bangka Hulu dan Kampung Londah, mempunyai 26 rumah dalam jumlah yang terlibat dalam program homestay. Kampung-kampung telah terlibat dalam program homestay ini sejak tahun 2006.
Elemen yang luar biasa mengenai homestay ini adalah bahawa ia diam dalam aktiviti sukan yang ekstrem. Strategik, berhampiran Muar River, Kampung Ulu Ladang kejutan peserta program homestay dengan pemilihan aktiviti penuh keseronokan.Peserta akan mendapat peluang untuk melibatkan diri dan memahami budaya Melayu yang lebih baik sebagai keluarga angkat sangat aktif sendiri.
Antara aktiviti-aktiviti yang Gemas Homestay menawarkan kayak, perlawanan bola sepak di sawah padi, merentas hutan, menerokai gua dan kampung permainan interaktif yang memerlukan banyak kemahiran dan strategi. Aktiviti interaktif ini adalah untuk mendapatkan peserta yang bersedia untuk perjalanan yang mencabar dilupakan di Gemas Homestay.Terdapat perlawanan di mana peserta perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk memanjat tiang berminyak dan merebut hadiah utama yang di bahagian atas tiang. Permainan lain juga sama-sama menolak untuk tenaga maksimum terutamanya apabila memenuhi keperluan mereka untuk menjalankan, roll, dan tunda. Sementara itu, mengambil bahagian juga akan menikmati tarian tradisional tempatan, Endang dan Piring Tarian, hidangan tempatan.
Manjakan juga dalam perkahwinan Minangkabau tradisional yang akan dijalankan dengan penglibatan peserta yang diikuti dengan majlis kenduri. Perkahwinan tradisional Sembilan Negeri ini mempunyai ciri-ciri yang unik. Pengantin dibawa ke dewan perkahwinan di atas kerusi dihiasi yang dibina dengan pucuk buluh. Sebelum tidak lama lagi yang akan berkahwin pasangan dibawa masuk, terdapat persembahan seni mempertahankan diri oleh lama masa yang diikuti oleh perarakan perkahwinan.
Hiburan Lain-lain Gemas Homestay menawarkan termasuk perlawanan bola sepak di sawah padi. Sebahagian daripada sawah padi 150Ha, berkhidmat sebagai suatu keistimewaan kepada para peserta untuk perlawanan persahabatan. Walau bagaimanapun, wanita-wanita, akan mengambil peranan pembimbing sorak atau berjalan-jalan ke Sungai Muar berhampiran untuk berenang cepat.
Semasa ekspedisi meredah hutan yang, anda juga akan menemui pokok-pokok getah dan mempunyai peluang untuk getah ketuk pokok-pokok dengan bantuan penoreh getah yang mahir.
Homestay Gemas adalah kira-kira 15 hingga 20 minit dari stesen keretapi Gemas yang terkenal. Terdapat bas dan perkhidmatan teksi yang terdapat di perhentian. Pakej homestay termasuk diskaun daripada KTMB.
p/s : KAMPUNG BANGKA HULU. .KAMPUNG CIK qIE qiE.:))

<---------pic cik Qie kat kampung Cik Qie.

CEciter Cik Qie Qie..


Kejadian aneh tapi benar
BATU PAHAT – Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. 
Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.
Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.
“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.
“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.
Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.
“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.
“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.
“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.


p/s : bukan kita jer yg mendiami ciptaan Allah ini >>